Monday, November 1, 2010

Album STATIK

Aku nak introduce briefly kat korang dengan sebuah band dari Johor Bahru yang terdiri dari member-member aku sendiri... STATIK sementara buat masa sekarang ni aku masih lagi tengah susun-susun artwork peribadi aku untuk dimuatkan dalam blog nih. Band diorang ni dah ditubuhkan sejak tahun 2004 lagi oleh Enol dan dalam jangkamasa itu juga mereka mengharungi berbagai-bagai dugaan termasuk la keluar masuk line-up. Tapi alhamdulillah mereka masih teguh berdiri sampai sekarang dan bakal keluarkan album pertama mereka pulak tu tak lama lagi! Jangan terlepas miliki album diorang ni sebab aku jamin lagu diorang semua best-best belaka. Aku sendiri dengar pun aku jatuh cinta... dah la lagu sedap, vokalis ensem pulak tu. Bawah ni bentuk album yang bakal korang miliki tu.. cun tak? mesti la cun kan.... tengok la siapa yg amik.. hahahha. By the way, korang lawatlah fan page diorang di Facebook dan juga Myspace untuk dengar lagu2 diorang. Tahniah aku ucapkan kepada mereka kerana berjaya hasilkan album! Support !!


Album STATIK yang bakal ada dipasaran tak lama lagi
Bawah ni petikan video dari encik Carl... ini siri Carl.tv dia yang pertama. SUPPORT!




Friday, October 29, 2010

Jaguh Kampong

Aku cabar kau. Setakat show off kat member kamcing tak guna jugak. so ni aku beri peluang untuk korang designer dan fotografer untuk tonjolkan bakat korang. Kalau terpilih, hasil karya korang layak dijadikan cover untuk single The Bluebirds nanti so apa tunggu lagi, postkan hasil karya korang ke fan page The Bluebirds http://www.facebook.com/thebluebirds selamat mencuba!


Thursday, October 28, 2010

Selamat Datang

Hi... buat pertama kalinya aku mencuba untuk menjinak2kan diri dengan blogging. Sebenarnya aku pun x tau dan x berapa arif dengan dunia blogging ni tapi atas dorongan member aku Carl Samsudin, aku pun register lah. So dengan tunjuk ajar dia di McDonald, aku harap aku takkan berenti kat sini je dan aku akan cuba rajinkan diri aku untuk memblogging. Harap2 apa yang aku buat ini akan dapat menghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada aku dan semua InsyaALLAH.

Salam perkenalan dari Reza aka Rayzaw.