Wednesday, July 6, 2011

Trickshot & BEAN ke MNBC

Pada sepanjang bulan Jun lepas, aku dan group BEAN iaitu John Bean & Effie Bean telah di lantik untuk menjadi Official Photographer Malaysian National Band Competition. Selama hampir sebulan juga la aku tidak berada di Johor Bahru, merantau ke Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Alor Setar, Pulau Pinang dan juga Miri Sarawak. Ini adalah pengalaman pertama aku travel bersama mereka dan juga pengalaman pertama mengambil gambar persembahan pancaragam. Sebelum ini aku pernah ambil gambar pancaragam namun dari jarak yang jauh je la pasal aku bukan official photographer maka hasil pun xde la hensem mana pun gambar tuh. Aku akan upload sedikit sebanyak gambar acara tersebut nnti lepas transfer2 gambar dari situ ke sini dan dari sini ke sana. hehe.

Aksi gaya pose 4U2C yang dipersembahkan dengan penuh dedikasi dan semangat. Ini adalah sebahagian dari
barisan-barisan krew yang terlibat dengan program MNBC tahun ini.

Wednesday, May 25, 2011

AKAR & Kukubesi Manipulasi live in Shah Alam 21 Mei 2011

vent ni adalah kolaborasi diantara AKAR dan Kuku Besi. Memang menarik dan lokasi yang cukup cantik. Maunye tak event ni berlangsung dekat area Tasik Shah Alam... kat situ ada Galeri Seni.. depan galeri tu dah area tasik.. so kepada yg dah penat pusing2 kat kawasan galeri macam hamster, diorang bole pergi berjalan-jalan kat tepi tasik pimpin tangan bersama yang tersayang sambil tunjuk-tunjuk kearah burung yang berterbangan. Memang cantik... cuaca pun cantik.. tapi petang2 sikit tu dah tak berapa la pasal hujan renyai-renyai. Namun itu semua tidak menghalang acara yang sedang berlangsung kerana semuanya berada dibawah bumbung maka kamera-kamera mahal semua dijamin selamat dari terkena air hujan. Santai...sangat santai event tersebut dan disini ada la sedikit sebanyak gambar yang dipetik. Tak banyak yang aku petik sebab sibuk kesana kemari macam aku ni tuan rumah padahal tidak. Aku pun ada mempamerkan karya manipulasi time tu.. jadi dari waktu ke waktu aku akan pergi ke tapak galeri untuk bertemu dengan peminat2 seni sambil beramas mesra. So ini aku persembahkan gambar2 ketika aku berada disana.

Sessi berkongsi ilmu dan pengalaman oleh En. Amri Ginang. Beliau adalah fotografer professional yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang commercial. aku sangat teruja dan seronok dapat berjumpa dengan beliau dan juga menimba ilmu.

Ini tajuknya "Puting"....yang telah dipetik oleh En. Shazli Shots... dia memang..suka benda-benda macam ni lepas tu tak mengaku dan tuding kat orang lain.

Gadis ini aku sunting ketika sedang bersiar2 ditepi tasik shah alam.. aku ternampak ada pasangan pengantin disitu tengah possing-possing..dan disitu juga aku ternampak saudara Shazli Shots sedang mengambil gambar gadis ni.. ironic... dimana ada pengantin disitu ada Shazli Shots. Talent, make-up dan wardrobe semuanya disediakan oleh Studio Mediakreatif

2 Hours editing saje-saje sekadar untuk memberi kelainan. rugi la dia dah mekap buruk2 macam tu takkan la kita nak biarkan dia duduk kebosanan main angry birds ye dok? make-up by Ella Sandera

Model bidang terjun yang telah dimake-up oleh Ella Sandera

kami ROCKSTAR

Tiap kali berjumpa memang kami tidak akan ketinggalan untuk bergambar sama. sudah menjadi seperti tradisi sejak dulu lagi.

En.Kuku Besi setelah semuanya selesai... kelihatan muke yang sangat letih sampai berminyak2.

Aku sebenarnya tak berapa kenal dia ni tapi bersungguh2 sangat nak bergambar ngan aku so aku layan la kan kan... wakakakak xde la aku gurau je.. ni member lama aku time belajar di MSU or dulunye dikenali sbg KUTPM.. Azrul namanye.

Ini antara artwork manipulasiku yang telah dipamerkan di event tersebut

6 Jahanam

Mimpi Nina Tak Indah

Penjara Teknologi

Monday, May 23, 2011

The Trickshot is coming back

Sudah terlalu lama aku tinggalkan blog aku ni terbengkalai ... disebabkan aku tak rajin untuk menulis. Dah sememangnya aku ni bukan penulis... lukis aku tau la tapi tu pun tak lawa. Nak upload gambar pun mostly artwork aku dah letak kat facebook dan facebook page last-last terlupa nak masuk kat blog. haih.. takpe tunggu je la ye kalau sudi tunggu.. aku akan kembali itu yang pasti.

Warrrghhhh tangkap deaaarrrrghhhhh

Monday, November 1, 2010

Album STATIK

Aku nak introduce briefly kat korang dengan sebuah band dari Johor Bahru yang terdiri dari member-member aku sendiri... STATIK sementara buat masa sekarang ni aku masih lagi tengah susun-susun artwork peribadi aku untuk dimuatkan dalam blog nih. Band diorang ni dah ditubuhkan sejak tahun 2004 lagi oleh Enol dan dalam jangkamasa itu juga mereka mengharungi berbagai-bagai dugaan termasuk la keluar masuk line-up. Tapi alhamdulillah mereka masih teguh berdiri sampai sekarang dan bakal keluarkan album pertama mereka pulak tu tak lama lagi! Jangan terlepas miliki album diorang ni sebab aku jamin lagu diorang semua best-best belaka. Aku sendiri dengar pun aku jatuh cinta... dah la lagu sedap, vokalis ensem pulak tu. Bawah ni bentuk album yang bakal korang miliki tu.. cun tak? mesti la cun kan.... tengok la siapa yg amik.. hahahha. By the way, korang lawatlah fan page diorang di Facebook dan juga Myspace untuk dengar lagu2 diorang. Tahniah aku ucapkan kepada mereka kerana berjaya hasilkan album! Support !!


Album STATIK yang bakal ada dipasaran tak lama lagi
Bawah ni petikan video dari encik Carl... ini siri Carl.tv dia yang pertama. SUPPORT!




Friday, October 29, 2010

Jaguh Kampong

Aku cabar kau. Setakat show off kat member kamcing tak guna jugak. so ni aku beri peluang untuk korang designer dan fotografer untuk tonjolkan bakat korang. Kalau terpilih, hasil karya korang layak dijadikan cover untuk single The Bluebirds nanti so apa tunggu lagi, postkan hasil karya korang ke fan page The Bluebirds http://www.facebook.com/thebluebirds selamat mencuba!


Thursday, October 28, 2010

Selamat Datang

Hi... buat pertama kalinya aku mencuba untuk menjinak2kan diri dengan blogging. Sebenarnya aku pun x tau dan x berapa arif dengan dunia blogging ni tapi atas dorongan member aku Carl Samsudin, aku pun register lah. So dengan tunjuk ajar dia di McDonald, aku harap aku takkan berenti kat sini je dan aku akan cuba rajinkan diri aku untuk memblogging. Harap2 apa yang aku buat ini akan dapat menghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada aku dan semua InsyaALLAH.

Salam perkenalan dari Reza aka Rayzaw.